
Tuesday, July 26, 2011
DUNIA MENGATAKAN MUKA INDIVIDU INI, JENIS MUKA YANG TAK TAHU MALU.

Gambar-gambar Mat Rempit Yang sejati. Mat Rempit Malaysia Korang Langsung Tak Layak Dibandingkan Dengan Mereka.
Kalau setakat bawak motor sorang-sorang lepas tu merempit sana sini tak mencabar la der.. Cuba try buat sket aksi macam kat dalam gambar-gambar ni.. ada beran??
merempit separuh bogel
merempit bawak anak,bini,mak, ayah
merempit bawak cermin ajaib
merempit bawak kambing
merempit tanpa pecah telur
merempit bawak perabot rumah
merempit dengan 10 ekor babi
kesimpulannya, brader2 dalam gambar ni lagi cool dari mat mat rempit. cayalah~~
Sumber:amazingnara.com
N'N:Baca juga post ini
USTAZ KAU MEMANG HERO AKU SEKARANG
VIDEO 17 Tahun Mamat Ini Diabadikan Dalam Masa 2 Minit.
Ahli Majilis Tertinggi Umno Ini Tidak Bersetuju Dengan Tindakan Melabelkan Orang Tertentu Sebagai Pengamal Wahabi dan Pengganas
N'N:Aku masih rasa isu ini sengaja dibuat untuk menutup isu keganasan Polis terhadap peserta Bersih pada 9 Julai lepas. Jangan pernah lupakan kekejaman Polis dan jangan pernah lupakan Arwah Baharuddin yang terkorban pada 9 Julai.

Tindakan melabel kumpulan atau individu tertentu termasuk bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang didakwa mengamalkan Wahabi, dengan aktiviti terorisme hanya akan memecahbelahkan umat Islam negara ini, kata Datuk Saifuddin Abdullah.
Justeru tegas ahli Majilis Tertinggi Umno ini, beliau (gambar) tidak bersetuju dengan tindakan melabelkan orang tertentu sebagai pengamal Wahabi dan kemudian merumuskan mereka sebagai pengganas.
“Saya tidak setuju langkah melabelkan orang tertentu sebagai Wahabi selanjutnya menyebabkan dia dilabelkan sebagai teroris (pengganas).
“Langkah melabelkan ini hanya memecahkanbelahkan umat Islam...dalam Islam ada adab berbeza pendapat, tapi janganlah kerana berbeza pendapat sehingga terbawa-bawa dengan melabelkan seseorang itu sebagai Wahabi atau teroris,” kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kepada The Malaysian Insider.
Ia dilihat sebagai pandangan susulan mempertahankan Asri daripada label sedemikian.
Dalam pandangan yang disiarkan menerusi blognya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin melahirkan pendirian agar Asri dan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan amalan Wahabi atau pengganas diberi peluang membela diri bagi menjelaskan kedudukan mereka.
Khairy menegaskan sebarang maklumat yang telah dibentangkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hendaklah diteliti dan dihalusi secara adil dan amatlah tidak wajar sekiranya pihak yang berkenaan bersifat melulu dengan terus menjatuhkan ketetapan atau hukum tanpa usul periksa dan tidak memberikan peluang membela diri.
“Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa daripada pengamatan serta pengalaman saya bertukar pendapat dengan beliau, saya dapati Dr Asri adalah seorang tokoh cendiakawan Islam yang begitu menonjol dengan pemikiran beliau yang bukan sahaja terbuka, moderat bahkan progresif di dalam usaha memajukan ummah serta usaha-usaha dakwah,” kata Khairy.
Laporan media menyebut pihak berkuasa telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme semalam.
Difahamkan mesyuarat yang dihadiri para mufti dan agensi agama telah menyenaraikan beberapa nama pemimpin popular negara termasuk tokoh agama muda yang menyertai Umno tahun lalu.
Antara nama itu ialah Asri, yang pernah dikaitkan dengan fahaman Wahabi.
Isu mengaitkan Asri dengan fahaman Wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI) muncul awal tahun lalu.
Ketika itu nama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya juga muncul.
Nama tokoh-tokoh itu dilaporkan dibangkitkan pada satu taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman ketika itu.
Tambah Saifuddin, beliau berharap mana-mana pihak tidak lagi mengaitkan individu tertentu dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme kerana ia adalah strategi Barat untuk menentang Islam.
“Kita perlu faham bahawa Wahabi adalah fahaman agama yang diamalkan di Mekah dan Madinah. Adakah bermakna umat Islam Malaysia tidak boleh menunaikan Haji?
“Strategi mengaitkan Islam dengan terorisme adalah strategi Barat, kita menentang terorisme tapi kita tidak perlu menggunakan strategi seperti Barat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Isu Wahabi sekali lagi muncul April lalu apabila seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan.”
Saifuddin dalam satu jawapan di Dewan Rakyat pada Jun 2010 pernah menyebut bahawa “saya tidak fikir kita sesuai untuk melabelkan organisasi atau individu tertentu dengan Wahabi dan kerana itu dia ada kaitan dengan terrorism.”
“Ini dengan izin, ‘over stretching the argument’. Oleh sebab itu, saya melihat tidak ada alasan kukuh untuk melibatkan empat orang itu sebagai Wahabi kah, atau terorisme kah,” kata beliau merujuk kepada Asri, Hadi, Juanda dan Shahidan. The Malaysian Insider
Pembunuh Yang Membunuh Lebih 90 Nyawa Di Oslo Mengaku Membunuh Kerana Takut Dengan Perkembangan Islam Yang Hebat Di Eropah.
GAMBAR yang diambil daripada Internet menunjukkan Breivik mengacukan senjata automatik.
UNDVOLLEN (Norway): Lelaki yang dituduh menembak mati 85 remaja di perkhemahan belia dan membunuh tujuh yang lain dengan bom kereta di Oslo, menyiarkan rakaman video di YouTube, menyeru golongan konservatif melancarkan perang salib, enam jam sebelum serangan itu.
Anders Behring Breivik memuat turun rakaman video itu menyeru serangan terhadap umat Islam, dengan rakaman menunjukkan dia memakai pakaian selam tentera laut sambil mengacu senjata automatik, beberapa jam sebelum melakukan pembunuhan yang mengejutkan itu.
Dalam teks video itu dia menjelaskan rancangan serangannya, dengan menulis: ‘Saya akan memakai uniform pegawai polis. Ia pasti menggerunkan kerana orang ramai akan terkejut.’
Dalam dokumen setebal 1,500 halaman, dia menulis bahawa ‘terdapat situasi di mana kekejaman adalah perlu’ dan lebih baik membunuh terlalu ramai daripada tidak mencukupi’.
Sumber polis memberitahu media bahawa Breivik mengaku memuat turun video itu untuk meluahkan pandangan ekstrimnya sebelum serangan itu.
Breivik adalah anggota kumpulan Freemason di Oslo dan mempunyai hubungan dengan Liga Pertahanan Inggeris (EDL).
Dalam satu tulisan, dia menulis: “Saya sudah berbincang dengan EDL dan menyarankan mereka memengutamakan strategi dalam berdepan dengan kebangkitan Islam. “Taktik EDL adalah untuk menarik reaksi berlebihan pergerakan jihad Islam dan pelampau fahaman Marxis.
Rakaman video 12 minit yang bergelar ‘Knights Templar 2083’ turut dilaporkan muncul dalam halaman Facebook Breivik yang sudah ditutup.
Halaman itu memetik ungkapan ahli falsafah seperti Machiavelli, Immanuel Kant dan John Stuart Mill.
Dia juga menyenaraikan Kafka antara penulis kegemarannya dan George Orwel 1984 sebagai satu daripada buku kegemarannya.
Breivik berkata, dia menghantar teks dan rakaman video YouTube, di mana dia bencikan dasar pelbagai budaya dan pendatang Islam kepada 7,000 rakan patriotiknya di Facebook.
Dalam teks bertajuk ‘Deklarasi Kebebasan Bangsa Eropah’ dia menulis bagaimana dia mahu menyingkirkan Islam dan fahaman Marxis di Eropah.
“Ada situasi di mana kekejaman adalah perlu dan enggan melakukan kekejaman yang perlu adalah pengkhianatan terhadap orang yang anda ingin lindungi,” tulisnya.
“Kaedah pilihan adalah menyerang secara ganas.
“Tidak perlu meminta maaf atau meluahkan kekesalan kerana anda bertindak mempertahankan diri atau mengambil langkah berjaga-jaga.”
Menulis sebagai Andrew Berwick, namanya dalam bahasa Inggeris, dia berkata, dia mengambil masa sembilan tahun dan membelanjakan 300,000 euro (RM1.26 juta) untuk menulis manifesto itu.

Dia berkata: “Titisan hujan pertama menandakan kehadiran ombak besar budaya konservatif yang tidak dapat dihentikan. Ombak besar itu akan menghapuskan Eropah Barat daripada budaya Marxisme dan pelenyapan Islam untuk kali ketiga.
Dia juga didakwa mempunyai hubungan dengan sebuah lagi pertubuhan pelampau Kristian, Stop the Islamification of Europe, menurut akhbar Sunday Telegraph. - Agensi
Sumber
Pemenang 2 Pingat Emas Olimpik Untuk Negara China Ini Berubah Menjadi Seorang Pengemis.
Zhang Shangwu (27), peraih dua pingat emas pada 2001, menjadi pengemis di Beijing. Atlet kenamaan Cina itu terpaksa menjadi pengemis di jalanan akibat cedera serius yang memaksanya berhenti berkarier sebagai atlet senam. Rendahnya kelayakan pendidikan membuatnya hanya mampu berkerja menjadi seorang pelayan restoran.

Zhang Shangwu menunjukkan 2 pingat emas yang dimenanginya, kini nasibnya berubah menjadi seorang pengemis
Tuntutan hidup pernah memaksanya mencuri dan dia pernah di penjara selama lima tahun sebelum bebas April lalu. Sejak itu dia mengemis di jalan-jalan di Beijing.
Namun nasib Zhang berubah ketika sedang memamerkan gerakan senam, seorang penggemar mengenali Zhang. Sejak itu, kisah Zhang dimuat di berbagai media di Cina. Banyak pihak menawarinya pekerjaan, termasuk dari salah satu pengusaha terkaya di Cina.

Zhang saat sedang mengemis di kota
“Di Cina banyak atlet yang bernasib seperti saya. Saya beruntung karena saya ditemukan anggota masyarakat dan cerita saya dimuat di media,” kata Zhang kepada kantor berita AFP di Beijing, Senin (18/7/2011). “Ada banyak atlet yang bernasib mengenaskan setelah bersara. Pendidikan mereka rendah dan mereka tidak mampu mendapatkan pekerjaan yang layak,” tutur Zhang, seperti dilapor BBC.
Dia mengatakan, Pemerintah Cina tidak membantu atlet-atlet yang memasuki masa bersara. Zhang berharap kisah hidupnya ini membuka mata masyarakat bahawa para atlet tersebut memerlukan bantuan. Zhang bukan atlet top pertama yang mengalami kesulitan hidup. (Sumber)
Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)
-
Kali Ini Pasti Berbeza: Sedia Untuk Lebih Dari Sehari14 minutes ago
-
-
-
-
Pendirian Tun M Mengenai Kedudukan Najib..4 hours ago
-
-
Mat Nuar Tak Main King's Gambit7 hours ago
-
Guna Ku Li untuk jatuhkan Najib15 hours ago
-
-
3 RAHSIA KEMATIAN2 days ago
-
-
-
-
-
-
-
Najib Perdana Menteri TAK SAH3 weeks ago
-
-
-
Selamat Tinggal Astana Kandis.5 weeks ago
-
Najib perlu beri laluan kepada Muhyiddin1 month ago
-
-
Hamidah lebih kasar dari dulu?1 month ago
-
Jangan Lupa Tuntutan BERSIH!2 months ago
-
-
-
8 March3 months ago
-
-
berbekam amalan sunnah!4 months ago
-
UMNO YANG GILA TALAK!!!!4 months ago
-
-
The One and only5 months ago
-
-
-
Hudud and Karpal9 months ago
-
Altantuya Di Paris11 months ago
-
-
-
-
Mukadimah (2)1 year ago
-
-
PANAS!!!1 year ago
-
-
-
Asal Bukan UMNO
-
Kisah Sedih Yang Pasti Akan Mengalirkan Air Mata Pembaca36 minutes ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pilih Jalan Hutang2 months ago
-
13 Mei top on the list?6 months ago
-
selepas 'haramjadah'.....'lancau' pulak dah!!!!!7 months ago
-
-
Video: Hampir Beranak & Solat - Ustaz Azhar Idrus11 months ago
Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)
-
Lelaki mahu beli tanah kena tipu RM66,00010 minutes ago
-
-
-
-
-
-
-
MAA LIHAAZAL KITAB?21 hours ago
-
-
-
Syin Dal Ya Ha.5 days ago
-
-
-
-
Makna beberapa nama rasul dan nabi...3 weeks ago
-
Review : Buku-Buku Fiqh Kontemporari3 weeks ago
-
-
-
-
Kerapuhan.2 months ago
-
McD Halal Diboikot, Riba Haram Disenyapkan2 months ago
-
Assalamualaikum sekalian alam6 months ago
-
Kosonggggg~10 months ago
-
-
-
Mukadimah (2)1 year ago
-














